Pages

Monday 23 September 2013

Selamat Hari Lahir...

Selamat Hari Lahir buat Juwita Sari, ulangtahun yang pertama. Tahniah buat sekeluarga, semoga sentiasa dalam kebahagiaan.
Sekadar gambar cuplikan rambang dari majlis tersebut. Saya tidak hadir, hanya mahu menunjukkan hasil kerja yang di'print' keatas banner.


Sunday 8 September 2013

Poster - Vector

Projek pertama saya adalah untuk rakan pejabat yang mahu membuat banner sempena majlis harijadi anaknya yang pertama. Dia sudah punya pihak yang akan membuat printing, cuma memerlukan seseorang untuk men'design'.

Dibawah adalah contoh foto yang telah diserahkan kepada saya.

Dan ini adalah hasil selepas digital vector. Beserta penambahan background dan props yang simple.

Saya akan menawarkan perkhidmatan serupa melingkupi skop-skop berikut:


  1. Penghasilan karya digital untuk printing banner dan e-cards.
  2. Untuk acara majlis harijadi, anniversary, wedding, atau mengikut request yang mampu saya buat.
Saya akan perincikan harga dan syarat-syarat request dalam entri yang akan datang.

Permulaan

Website ini ditubuhkan secara asasnya adalah sebagai portal peribadi untuk karya-karya digital yang saya hasilkan secara hobi dimasa lapang.

Pada masa yang sama saya juga mengharapkan ianya akan mampu bercambah sebagai sumber pendapatan sambilan saya dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang saya akan tawarkan.
diharapkan semua pembaca dapat memberi sokongan dan pendapat yang bernas untuk saya sentiasa memperbaiki khidmat saya.

Saya juga berharap melalui portal ini juga saya akan ketemu dengan sahabat-sahabat yang sejiwa hobinya dengan saya, untuk sama-sama mempelbagaikan kreativiti.